Harga Emas Bergerak Sukar Di Bawah $2,000 Sejak Semalam, Apa Arah Seterusnya?

905

Emas kini masih kekal di bawah paras $2,000 semasa sesi awal Asia pada pagi tadi. Semalam, data inflasi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan telah memberi tekanan harga pada nilai logam kuning tersebut.

Walau bagaimanapun, hasil bon AS dan mata wang USD alami kelemahan sedikit semalam telah mengurangkan tekanan buat emas daripada alami kejatuhan lebih parah.

Harga emas kini didagangkan sekitar $1,992 iaitu naik 0.04% pada hari ini.

Sementara itu, Indeks Dolar (DXY) yang mengukur USD berbanding kumpulan mata wang utama lain berada pada tahap yang memberangsangkan dengan menjejaki paras tertinggi hampir 105.00 iaitu berlegar sekitar 104.70 mata.

Perbendaharaan AS pula menghasilkan kelebihan lebih rendah dengan hasil 10 tahun berada pada 4.26%.

Laporan data ekonomi AS terkini menjadi punca untuk Federal Reserve (Fed) lebih berhati-hati dalam mengurangkan kadar faedah sepanjang 2024. Melalui ucapan ahli FOMC, Michael Barr berkata bahawa mereka yakin kadar inflasi AS sedang dalam sasaran 2% bagi memberi hala tuju bank pusat yang seterusnya.

Katanya lagi, beliau menyokong penuh pendekatan berhati-hati oleh Fed dalam mempertimbangkan normalisasi dasar berdasarkan situasi pasaran semasa.

Pengerusi Fed, Jerome Powell dan beberapa pegawainya berkata bank pusat mahu melihat lebih banyak data yang positif dan membawa inflasi ke arah sasaran sebelum melonggarkan dasar monetarinya. Berdasarkan kenyataan itu, jangkaan pasaran berkenaan pengurangan kadar faedah pada Jun melonjak naik kepada 80%.

Secara tidak langsung, ini akan mengurangkan daya tarikan emas serta meningkatkan persaingan pelaburan yang lebih tinggi dalam pasaran.

Tidak dilupakan, konflik Timur Tengah semakin parah selepas Israel melancarkan serangan udara di selatan Lubnan sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu di utara Israel. Malah, serangan pengeboman di Rafah yang merupakan kawasan penempatan selamat bagi rakyat Palestin telah mencetuskan kemarahan seluruh dunia.

Buat masa sekarang, peserta pasaran perlu memberi tumpuan kepada data Jualan Runcit AS yang dianggarkan menurun sebanyak 0.1% pada bulan Januari. Selain itu, Indeks Pembuatan Philly Fed AS, Pengeluaran Perindustrian dan Tuntutan Pengangguran Awal mingguan akan dibentangkan pada jam 9.30 malam ini.

Pedagang juga akan mengambil lebih banyak petunjuk daripada ucapan Bostic dan Waller FOMC bagi mencari arah tuju sebenar harga emas seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat