Harga Emas Capai Paras Tertinggi Empat Minggu Lepas

65

Pembukaan pasaran Eropah pada hari Isnin menunjukkan harga emas meningkat ke paras tertinggi bulan ini. Harga emas telah mencecah $1,257.8 per ounce setakat jam 5.20 petang.

Kesan kenaikan emas sepanjang minggu lepas di dorong oleh pergolakan politik yang berterusan di White House dan kelemahan US dolar.

Keputusan FOMC pada minggu ini di jangka akan lebih memberi kesan terhadap permintaan emas. Fokus pasaran dunia tentang FOMC ini adalah lebih kepada mencari tanda-tanda terhadap penentuan jangka masa kenaikan kadar faedah bank pusat seterusnya dan bagaimana pelan mereka dalam mengawal penyata imbangan.

Antara laporan penting Ekonomi US pada minggu ini adalah Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) suku kedua tahun 2017 yang akan di keluarkan pada Jumaat ini.

Selain itu, laporan keyakinan pengguna, Core Durable Goods Orders, tuntutan pengangguran mingguan turut menjadi tumpuan terhadap ekonomi US minggu ini.

Pergerakan emas amat sensitif terhadap pergerakan kadar feadah US. Jika tiada perubahan pada kadar atau jangkaan kepada kenaikan kadar semakin merosot, akan meningkatkan lagi permintaan terhadap emas.

Fokus minggu ini juga akan banyak tertumpu pada tajuk-tajuk utama yang bakal keluar di US berkaitan dengan penyiasatan hubungan Rusia dalam kempen Presiden Donal Trump dan jangkaan terhadap usaha pemansuhan Obamacare.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat