Harga Emas Hitam Kukuh Menjelang Hujung Minggu

332

Dagangan komoditi hitam kembali meraih peningkatan setelah susut lebih 1% setelah Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menurunkan unjurannya terhadap permintaan minyak global pada Khamis.

Dalam laporan bulanan yang diterbitkan IEA, ia melihat penurunan dalam permintaan minyak global sebanyak 8.1 juta tong sehari kepada 91.1 juta tong sehari pada tahun 2020 disebabkan peningkatan kes Covid-19 yang masih tinggi dan kelemahan berterusan dalam sektor penerbangan.

Selain itu, agensi tersebut juga mengurangkan unjuran terhadap permintaan pada tahun 2021 dengan anggaran sebanyak 240,000 tong sehari kepada 97.1 juta tong sehari, di mana permintaan terhadap bahan bakar dikenalpasti sebagai faktor utama kepada kelemahan.

Unjuran yang lemah ini telah mendorong kemerosotan harga minyak pada sesi sebelum ini, yang mana minyak mentah Brent jatuh 0.95% kepada $45.00 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula susut 1% kepada $42.24 setong.

Sebelum ini, unjuran permintaan oleh OPEC juga telah menekan dagangan komoditi hitam itu yang mana ia dijangkakan menurun sebanyak 9.06 juta tong sehari tahun ini, penurunan terbesar yang pernah diramalkan berbanding jangkaan permintaan sebanyak 8.95 juta tong pada bulan lepas.

Namun begitu, pada sesi Asia hari ini dagangan emas hitam itu kembali mencatatkan kenaikan dengan WTI Amerika Syarikat meningkat kepada $42.36 setong, manakala minyak mentah Brent naik kepada $45.10 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat