Harga Emas Jatuh Lagi!

2,053

Logam kuning dilihat gagal untuk menyinar walaupun dengan kelemahan dagangan US dolar yang dilemahkan oleh kemerosotan hasil perbendaharaan AS disebabkan data tuntutan pengangguran yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Jumlah tuntutan pengangguran Amerika Syarikat kembali meningkat melebihi 1 juta, sekali gus menguatkan lagi kebimbangan pelabur terhadap pemulihan ekonomi yang lebih perlahan daripada krisis coronavirus.

Namun begitu, dagangan safe-haven emas gagal memanfaatkan kelemahan US dolar untuk meningkat lebih tinggi dengan didagangkan mendatar pada awal pembukaan sesi Eropah hari ini.

Logam berharga itu didagangkan mendatar dengan berlegar di sekitar paras harga $1,946 per auns, manakala niaga hadapan emas pula menyusut pada $1,953 per auns (3.00 petang waktu Malaysia).

Setelah penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC yang mengecewakan pasaran dengan kekurangan petunjuk daripada Federal Reserve (Fed), para pelabur kini menumpukan perhatian mereka kepada ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powel di simposium Jackson Hole pada 27-28 Ogos yang menyentuh mengenai Kajian Rangka Kerja Dasar Monetari Fed.

Selain itu, pelabur juga akan terus memerhatikan hubungan AS-China, yang mana kedua-dua negara dilaporkan berusaha untuk menjadualkan semula perbincangan untuk berbincang mengenai isu perdagangan dan hal-hal lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat