Harga Emas Kembali Jatuh Bawah $2,040, Fed Bakal Beri Petunjuk Seterusnya!

1,108

Dagangan emas masih berada di paras kawasan positif semasa sesi awal Asia pagi tadi. Laporan pekerjaan AS yang optimis turut melemahkan harapan para pelabur berkenaan penurunan kadar faedah pada Mac dan memberi kesan pada nilai emas.

Namun, penurunan harga emas di saat berlakunya konflik geopolitik mungkin lebih sukar dan terhad. Emas kini didagangkan pada paras $2,035.50 iaitu turun 0.20% berbanding pembukaan tadi.

Pada Jumaat lepas, laporan Nonfarm Payrolls (NFP) AS menunjukkan keputusan yang lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu kepada 353,000 pada Januari daripada 333,000 pada Disember. Kadar Pengangguran pula tidak berubah pada 3.7%.

Selain itu, pertumbuhan gaji juga makin kukuh dengan Purata Pendapatan Setiap Jam meningkat 4.5% tahunan pada bulan Januari daripada 4.4% pada Disember.

Nilai mata wang dolar AS turut menarik minat pelabur untuk ‘buy’ berikutan laporan pekerjaan baru-baru ini. Peserta pasaran mengurangkan pertaruhan mereka pada pemotongan kadar faedah pada Mei dan kebarangkalian penurunan pada Mac telah turun kepada 19% berbanding 38% sebelum ini.

Naratif kadar yang tinggi pada jangka masa lama akan mengurangkan daya tarikan emas kerana jangkaan pasaran mampu mempengaruhi harga semasa.

Melihat kepada situasi perang di Timur Tengah, Amerika Syarikat dan United Kingdom melancarkan serangan ketenteraan berskala besar pada hari Sabtu lepas ke arah kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman.

Joe Biden pula meneruskan misi balas dendamnya terhadap kumpulan yang disokong Iran. Ketegangan geopolitik yang semakin meningkat akan memberi kelebihan kepada harga emas untuk mengukuh.

Pagi tadi, ucapan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell mendapat perhatian penuh daripada para pelabur mengenai jangkaan monetari pada masa akan datang. Mereka juga akan memperhatikan data PMI Caixin dan PMI Perkhidmatan ISM AS pada hari ini.

Laporan-laporan ini akan memberi petunjuk baru buat pergerakan harga XAU/USD dalam jangka masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat