Emas melanjutkan kerugiannya untuk enam hari berturut-turut selepas Federal Reserve (Fed) mendedahkan Minit Mesyuarat Septembernya.
Minit tersebut mendedahkan bahawa majoriti besar ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menyokong pemotongan 50 mata asas.
Walau bagaimanapun, ada sebilangan pegawai FOMC lebih berminat laksana pemotongan 25 mata asas.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $2,610.55 iaitu naik sedikit 0.11% sejak ia dibuka pada awal dagangan hari Khamis.
Hasil mesyuarat tersebut menunjukkan bahawa kesemua ahli berminat untuk Fed segera laksanakan pemotongan kadar faedah. Ia hasil pandangan mod risiko inflasi yang condong menurun walaupun risiko pasaran buruh berada pada potensi kenaikan.
Kini, tumpuan pedagang beralih kepada keluaran Indeks Harga Pengguna (CPI) AS pada Khamis malam.
Anggaran menyasarkan bahawa inflasi akan terus merendah. Namun, jika ia datang lebih tinggi daripada anggaran akan memperlahankan kitaran pelonggaran dasar Fed seterusnya.
Sementara itu, jadual ekonomi AS untuk minggu ini akan memaparkan inflasi AS, data pekerjaan AS dan ucapan daripada pegawai Fed.