Harga Emas Masih Cuba Bersaing, KDNK AS Catat Peningkatan!

786

Emas didagangkan meningkat pada pembukaan sesi dagangan Asia pagi tadi walaupun Biro Analisis Ekonomi Amerika Syarikat (BEA) melaporkan bahawa ekonominya berkembang pada kadar yang lebih tinggi iaitu sebanyak 3.3% berbanding 2% seperti yang dijangkakan oleh pasaran.

Walau bagaimanapun, harga emas berjaya mengekalkan kembali posisinya di atas $2,020 ketika mana data ekonomi berjaya mengheretnya hampir ke tahap $2,000 semasa laporan KDNK AS berlaku.

Pada suku ketiga 2023, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik dengan kukuh sebanyak 4.9%.

Laporan KDNK yang kukuh dijangka melemahkan konsensus yang menyokong pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Sementara itu, data PMI AS dan KDNK yang positif mencerminkan daya tahan ekonomi Amerika Syarikat buat masa kini.

Ini dapat memberi petunjuk buat Fed dalam menetapkan pemotongan kadar faedah pada Mac.

Ekonomi Amerika Syarikat berkembang baik berikutan perbelanjaan pengguna dan permintaan buruh yang kukuh menunjukkan prospek positif untuk panduan dasar monetari yang ketat.

Pada minggu ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada data indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) teras untuk Disember yang akan diterbitkan pada 9.30 malam ini.

Buat masa sekarang, pembuat dasar Fed lebih mengutamakan inflasi teras asas dalam memutuskan dasar kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat