Harga Emas Masih Tenang, Tunggu Masa Je Ni…

964

Dagangan emas terus berlegar berhampiran paras harga $1,900 per auns di tengah-tengah kurangnya kemajuan dalam rundingan pakej rangsangan Amerika Syarikat dan peningkatan US dolar.

Harapan untuk melihat kesepakatan semakin memudar setelah Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin menyatakan perjanjian tidak mungkin akan berlaku sebelum pilihan raya presiden bulan depan.

Mnuchin mengatakan bahawa beliau dan Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi masih lagi berjauhan daripada mencapai kesepakatan.

Ketika awal sesi Eropah, spot emas diniagakan di sekitar paras harga $1,897 per auns, manakala niaga hadapan emas pula pada $1,900 per auns (3.00 petang waktu Malaysia).

Bagaimanapun, prospek jangka panjang emas kekal bullish di tengah-tengah jangkaan jangka panjang terhadap kadar faedah yang rendah dan ditambah lagi dengan ketidakpastian pemulihan ekonomi akibat lonjakan semula kes Covid-19 di seluruh dunia, terutamanya Eropah.

Logam berharga emas yang dianggap sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan penurunan matawang, telah meningkat 25% tahun ini disokong oleh perlaksanaan langkah rangsangan besar-besaran oleh kerajaan dan bank pusat seluruh dunia untuk meredakan kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat