Harga Emas Mencatat Kejatuhan Dalam Sesi Dagangan Asia

46

Harga emas jatuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu berikutan ketidakpastian pasaran terhadap kadar faedah tahun 2018 di US dan Eropah.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.12% kepada $1,281.24 per auns setakat jam 12.50 petang.

Ekonomi Jepun berkembang sebanyak 1.4% setahun bagi suku tahun ketiga. Bacaan ini melebihi pertumbuhan ekonomi sebelumnya yang mencatat pertumbuhan 1.3%. Data ini menunjukkan ekonomi Jepun mencatat pertumbuhan sepanjang 7 suku tahun. Di Austalia, indeks upah meningkat 0.5% sukuan sedikit kurang daripada jangkaan yang mensasarkan 0.7% peningkatan. Berdasarkan kiraan tahunan indeks upah meningkat 2.0% setahun berbanding bacaan jangkaan 2.2%.

Berdasarkan persidangan semalam, empat bank pusat memberi jaminan kepada pelabur bahawa bank pusat akan memberi indikasi pergerakan polisi pada masa akan datang.

The Fed dijangka akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 3 kali pada tahun 2018 dan sekali lagi pada bulan Disember.

Semalaman harga emas meningkat disebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam logam berharga berikutan kelemahan matawang US dolar.

Peningkatan harga emas terbatas oleh laporan Inflasi harga pengeluar US dan bacaan teras (Core-PPI) yang meningkat lebih daripada jangkaan pada Oktober.

Dalam laporan data yang dikeluarkan, harga pengeluar (Producer Price Index, PPI) meningkat 0.4% bulan lalu melebihi jangkaan kenaikan 0.1%.

Dari segi bacaan tahunan (y/y), harga pengeluar meningkat 2.8% pada Oktober berbanding jangkaan kenaikan 2.4%. Untuk rekod, bacaan pada September naik 2.6%.

Pelabur menjangkakan kadar inflasi akan mencatat peningkatan pada masa akan datang.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat