Harga Emas Mula Meningkat Dari Kejatuhan Dua Bulan Lepas

74

Harga emas naik ke paras tertinggi sejak dua minggu lepas dalam jumlah dagangan yang kecil menjelang cuti umum tahun baru 2017. US dolar dan pasaran saham hilang momentum kenaikkan yang memberikan kekuatan kepada logam kuning ini.

Emas bagi penghantaran Januari di Comex meningkat ke paras $1,151.30 untuk setiap troy ounce tertinggi sejak 14 Disember. Ketika ini logam ini didagangkan pada harga $1146.75.

Dagangan dijangka suram pada minggu terakhir 2016 ini berikutan para pelabur menggunakan masa cuti yang ada untuk pergi bercuti dan melupakan seketika aktiviti pelaburan mereka.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan US dolar berbanding enam matawang utama dunia yang lain susut 0.5% dan ketika ini berada di paras 102.96, jatuh dari paras tertinggi 14 tahun lepas.

Harga logam kuning telah jatuh mendadak sejak Trump memenangi pilihanraya Presiden US yang menyebabkan penguatan US dolar, peningkatan hasil-bon US, dan rekod tertinggi Wallstreet yang mengurangkan citarasa pelabur terhadap pelaburan emas.

Penganalisis pasaran memberi amaran tentang sentiment harga emas yang masih suram dalam masa terdekat ini dengan jangkaan peningkatan kadar US pada awal 2017.

Logam berharga ini sensitif dengan sebarang pergerakan kadar US yang kebiasaannya bergerak bertentangan kepada penguatan US dolar. Penguatan US dolar dan kenaikan kadar US akan melemahkan harga emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat