Harga Emas Naik Lagi, Seronok La Saudagar Emas

780

Emas kekal didagangkan kukuh di atas paras harga $1,800 per auns pada sesi dagangan Eropah, menunjukkan kewaspadaan pelabur yang masih lagi khuatir terhadap peningkatan kes baru Covid-19 dan ketegangan hubungan AS dan China.

Memasuki sesi Eropah, logam kuning itu diniagakan meningkat di sekitar harga $1,810 per auns, manakala niaga hadapan emas pula meningkat pada $1,814 per auns.

Sentimen pasaran pada hari ini menunjukkan peningkatan selera terhadap aset berisiko berikutan laporan mengenai ujian vaksin Covid-19 oleh Moderna Inc yang memperlihatkan hasil yang positif.

Ini menyebabkan permintaan terhadap aset safe-haven sedikit merosot, namun emas kekal didagangkan tinggi di sekitar paras ketinggian sejak 2012.

Hal ini didorong oleh kebimbangan terhadap Covid-19 yang masih menunjukkan peningkatan kes di beberapa negara, terutama Amerika Syarikat.

Kesan daripada itu, beberapa rancangan pembukaan semula ekonomi telah terbantut. Ini dapat dilihat apabila Gabenor California, Gavin Newson mengarahkan pengenaan semula langkah penjarakan sosial di seluruh negeri itu untuk membendung penularan.

Sementara di Asia, Tokyo telah mengumumkan untuk menaikkan amaran Covid-19 ke tahap tertinggi pada hari ini. Hong Kong pula melaksanakan langkah penjarakan sosial lebih ketat dengan penutupan gimnasium dan pantai di seluruh bandar dan mengenakan denda bagi mereka yang tidak memakai topeng muka ketika menggunakan pengangkutan awam.

Selain itu, ketegangan antara dua ekonomi gergasi dunia juga telah menyokong permintaan terhadap emas.

Dalam perkembangan terbaru, Presiden AS Donald Trump telah mengesahkan bahawa beliau telah mendatangani perintah untuk mengakhiri layanan istimewa ke atas Hong Kong dan mengenakan sekatan ke atas pegawai China yang terlibat dengan perlaksanaan undang-undang keselamatan baru Hong Kong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat