“Tiada Lagi Keistimewaan Buat Hong Kong” – Trump

609

Presiden AS Donald Trump memberitahu pada Selasa bahawa beliau telah menandatangani perintah untuk menamatkan layanan istimewa untuk Hong Kong.

“Hong Kong kini akan diperlakukan sama seperti China”, kata Trump ketika berucap di Rose Garden, White House pada Selasa.

Menurut Presiden itu, Hong Kong dikatakan tidak lagi akan menikmati hak istimewa, manfaat ekonomi tertentu dan tidak ada lagi eskport teknologi ketenteraan daripada Amerika Syarikat.

Tindakan ini diambil sebagai tindak balas kepada perlaksanaan undang-undang keselamatan negara baru Hong Kong yang disifatkan telah membataskan kebebasan dan hak autonomi di wilayah itu.

Dalam pada itu, Trump juga memberitahu bahawa beliau telah menandatangani Undang-Undang Autonomi Hong Kong, yang mana ia telah diluluskan sebulat suara oleh Kongres AS awal bulan ini.

Undang-undang itu, akan memberi kuasa kepada pentadbiran Trump untuk mengenakan sekatan terhadap pegawai dan syarikat China yang membantu menyokong perlaksanaan undang-undang keselamatan baru itu.

Undang-undang keselamatan adalah isu terbaru yang meningkatkan ketegangan dalam hubungan antara Washington dan Beijing. Pentadbiran Trump sebelum ini telah menyalahkan China berhubung isu krisis pandemik coronavirus dan mengkritik Beijing atas tuntutannya di Laut China Selatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat