Harga Emas Tak Menentu Di Awal Minggu, Punca Ekonomi China?

560

Hari ini, harga emas menurun tidak ketara kepada $2,027 semasa sesi awal Asia berbanding minggu lepas. Ia disebabkan oleh data ekonomi AS yang kukuh telah menguatkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin akan menangguhkan pemotongan kadar faedah.

Secara tidak langsung, ini memberi kelebihan kepada mata wang dolar AS dan mendorong paras sokongan emas ke kawasan $2,000.

Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras AS (Core PCE) untuk Disember yang diumumkan pada Jumaat mungkin akan memberi kesan ketara dalam pasaran.

Selain itu, sentimen pengguna AS pada bulan Januari bertambah baik dengan mencecah paras tertinggi sejak Julai 2021.

Bacaan awal Universiti Michigan mengenai indeks pengguna berada pada paras 78.8 untuk Januari berbanding 69.7 pada Disember. Ia lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 70.0 pada minggu lepas.

Presiden Fed San Francisco, Mary Daly dalam ucapannya menyatakan bahawa bank pusat mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menurunkan semula inflasi ke sasaran 2% dan masih terlalu awal untuk Fed berfikir tentang pemotongan kadar faedah.

Namun, dua acara penting minggu ini mungkin menentukan sekurang-kurangnya berkenaan keputusan bank pusat untuk didorong oleh pergerakan dasar.

Minggu ini juga, pasaran disajikan dengan data pertumbuhan KDNK AS pada Khamis dan PCE Teras pada Jumaat. Data AS yang lebih lemah berkemungkinan meyakinkan Fed untuk condong ke arah ‘dovish’ dan membuka peluang kepada emas.

Sementara itu, Bank of China dijangka akan membiarkan penanda aras kadar utama pinjaman (LPR) untuk satu dan lima tahun tidak berubah iaitu masing-masing pada 3.45% dan 4.20%.

Situasi pasaran yang lemah di China telah mendorong kemerosotan buat ekonomi kedua terbesar dunia itu. Segala perkembangan negatif yang mengelilingi ekonomi China mampu membawa harga emas untuk jatuh lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat