Harga Gas Ethereum Susut! Tapi, Nanti Dulu..

1,080

Kos transaksi di rangkaian Ethereum (gas) telah menunjukkan peningkatan sejak November 2020 dan mencapai paras tertinggi pada 23 Februari lalu di mana pada masa itu nilainya rata-rata sebanyak 373 Gwei.

Bagaimanapun, sejak 23 Februari nilai gas mula menunjukkan penyusutan sehingga lebih 65% dengan rekod semasa penulisan, 112 Gwei.

Dimanakah punca kepada penurunan gas?

Jumlah dagangan harian di pertukaran tidak berpusat (decentralized exchanges, DEXs) telah susut 50% sejak rekod tertinggi, $4.35 pada 23 Februari.

Penganalisis data Flipside Crypto, Conner Higgins menjelaskan walaupun secara keseluruhan harga gas telah menurun tapi keadaan itu lebih dianggap sebagai pembetulan selepas lonjakan luar biasa.

Pada masa yang sama, harganya mungkin kekal tinggi ekoran daripada aktiviti yang meningkat dalam sektor Non-Fungible Token (NFT).

Buat masa sekarang semakin banyak projek NFT dilancarkan dan mengadakan lelongan. Secara tidak langsung akan menyebabkan kesesakan di rangkaian Ethereum, mungkin sehingga penyelesaian integrasi berskala dilaksanakan.

Rata-rata sudah mula mengalihkan projek kepada rangkaian Polygon dan Binance Smart Chain (BSC) untuk mengelak daripada kos yang tinggi.

Misalnya, projek Aavegotchi dan SushiSwap yang berjaya berintegrasi dengan Polygon telah membuktikan kemampanan rangkaian itu. Tidak mustahil projek NFT dan DeFi lain turut akan mengikut kerana kos dan kelajuan transaksi yang lebih baik berbanding Ethereum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat