Harga Lantai Bored Ape Yacht Club (BAYC) Cecah RM1.26 Juta Selepas Pelancaran ApeCoin

588

Selepas pelancaran ApeCoin (APE) semalam, harga lantai bagi satu NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC) telah meningkat kepada 108 ETH (RM1,258,756.00), manakala Mutant Ape Yacht Club (MAYC) pula merekodkan harga lantai bernilai 24.48 ETH (RM285,314.88).

Pada masa yang sama, rekod dagangan bagi BAYC pada 17 Mac telah menyentuh paras tertinggi bulanan, $46,897,526 daripada nilai $15,890, 096 pada 16 Mac.

Manakala MAYC mencatatkan jumlah dagangan dengan peningkatan 970.43%, diikuti dengan Bored Ape Kennel Club (BAKC) cuma 852.80%.

Tidak hairan mengapa siri koleksi NFT ini menjadi kegilaan selepas pelancaran APE.

Menurut pengeluar Yuga Labs, token APE akan menjadi utiliti untuk seluruh ekosistem BAYC termasuk segala produk dan perkhidmatan yang akan dilancarkan kelak.

Bagaimanapun pengumpul NFT BAYC harus tahu bahawa APE dikelolai oleh komunitinya yang dikenali sebagai ApeCoin DAO.

Ketika penulisan, harga seunit APE bernilai $11.86 dengan ketinggian harga lebih 1000% dalam 24 jam.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat