Harga Minyak Boleh Naik Tinggi Lagi Ke Ni?

266

Harga minyak mentah turun dari tahap tertinggi yang dicapainya pada sesi sebelum in, ketika para pelabur telah mendapat kejelasan mengenai laporan mengenai serangan terhadap kemudahan minyak di Arab Saudi semalam.

Terdahulu, kejutan daripada laporan mengenai serangan di pelabuhan minyak Ras Tanura telah mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent sehingga menembusi paras harga $70 setong, iaitu kali pertama sejak krisis pandemik bermula.

Serangan oleh pemberontak Houthi Yaman di pelabuhan minyak yang mampu mengeksport sekitar 6.5 juta tong sehari, adalah serangan paling serius di Arab Saudi sejak September 2019 iaitu ketika sebuah pusat pemprosesan utama dan dua ladang minyak diserang.

Walau bagaimanapun, pasaran kembali menarik nafas lega kerana serangan tersebut berjaya dipatahkan dan ia tidak menjejaskan kemudahan minyak di negara pengeksport minyak mentah utama dunia itu.

Namun begitu, pasaran tetap berhati-hati dengan ketegangan di Timur Tengah yang semakin meningkat dan mungkin akan mendorong kenaikan harga minyak lagi.

Pada sesi Asia, WTI Amerika Syarikat diniagakan stabil pada 65.31 setong, sementara minyak mentah Brent pula positif pada $68.57 setong.

Sementara itu, keputusan OPEC+ pada minggu lalu yang memutuskan untuk kekal dengan komitmen pemotongan pengeluaran sehingga bulan April, terus memberi sokongan buat dagangan komoditi hitam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat