Harga Minyak Global Melonjak Tinggi Mengatasi Paras Tertinggi Bulan Lepas

48

Harga minyak melonjak tinggi dalam dagangan pertama 2017 pada Selasa berikutan trader melihat sentimen positif dalam pemotongan bekalan minyak oleh OPEC dan bukan-OPEC pada tahun ini.

Minyak WTI (West Texas Intermediate) melonjak dari paras terendah hari ini $53.91 setong kepada $55.02 setong ketika ini. Manakala minyak mentah Brent (Brent-oil) naik dari $56.95 setong ke paras tertinggi setakat ini di $58.38 setong.

1 Januari merupakan tarikh bermulanya pemotongan rasmi bekalan minyak sebanyak 1.8 juta tong sehari dari ahli OPEC dan bukan-OPEC, dengan masing mengurangkan 1.2 juta tong dan 600,000 tong.

Walaubagaimanapun, masih terdapat kebimbangan dari kalangan pedagang minyak tentang perjalanan pemotongan ini dan kemampuan perjanjian ini memberi kesan kepada pasaran berikutan peningkatan pengeluaran dari Libya dan Nigeria.

Dalam masa yang sama masih ada risiko dari US yang mampu memberi tekanan kepada harga minyak global. Sebelum ini Baker Hughes melaporkan peningkatan jumlah pelantar minyak di US yang memberikan isyarat peningkatan pengeluaran dari US di masa akan datang.

Hal ini disokong dengan pendapat sesetengah penganalisis yang menjangka harga minyak mampu mencapai paras $60 setong secara berperingkat, sehingga hujung tahun ini, disebabkan potensi peningkatan bekalan minyak dari US dan perjanjian OPEC dan bukan OPEC yang mungkin tidak dipatuhi sepenuhnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat