Harga Minyak Jatuh, Pelabur Fokus Pada Laporan Inventori US Minggu Ini

44

Harga minyak naik  turun pada hari Selasa berikutan para pelabur memberi tumpuan kepada laporan mingguan inventori minyak mentah dan hasil sulingan.

Laporan mingguan tersebut dijangka akan dikeluarkan oleh American Petroleum Institute (API) pada Rabu pagi.

Manakala laporan rasmi inventori minyak mentah oleh Energy Information Administration (EIA) juga akan dikeluarkan pada hari yang sama pada sebelah malam. Penganalisis menjangkakan inventori minyak akan berkurangan 2.5 juta tong, kejatuhan 5 minggu berturut-turut.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berkurangan sebanyak 0.31 sen atau 0.60% kepada $51.59 berbanding pada sesi pagi yang mencatat pada harga $51.95 setakat jam 5.03 petang.

Harga minyak Brent bagi bulan Disember berkurangan sebanyak 0.28 sen atau 0.49% kepada $57.09 setakat jam 5.07 petang selepas stabil pada sesi pagi.

Harga minyak meningkat sedikit pada hari Isnin berikutan ketegangan di Iraq dan pengurangan akitiviti penggalian minyak U.S.

Selain itu, pasaran juga menjangkakan harga minyak akan terus meningkat berikutan pengeluaran utama minyak global akan melanjutkan perjanjian pengurangan pengeluaran melebihi tarikh yang ditetapkan.

Perjanjian asal antara OPEC dan 10 negara bukan OPEC ialah untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong setiap hari selama 6 bulan. Perjanjian tersebut dilanjutkaan dan akan tamat pada Mac 2018 bagi mengurangkan inventori minyak global dan menyokong peningkatan harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat