Harga Minyak Mentah Mampu Tembus $100, Konflik Perang Kekal Jadi Topik Utama!

176

Harga minyak mentah boleh melonjak melebihi paras $100 per tong jika Iran terus melancarkan serangan udara terhadap Israel serta meningkatkan kebimbangan perang serantau.

Iran merupakan pengeluar sumber minyak yang luas dan merupakan pengeluar ketiga terbesar dalam kartel minyak OPEC.

Sebarang gangguan pada kapasitinya dalam bekalan pasaran global mampu menyebabkan harga minyak naik lebih tinggi.

Buat masa ini, pasaran akan memantau dengan teliti perkembangan di Selat Hormuz yang terletak antara Oman dan Iran. Ia merupakan lokasi kawasan penggalian minyak mentah utama yang menjadi sumber bekalan global setiap hari.

Sebarang serangan ke atas pengeluaran minyak atau kemudahan eksport di Iran akan mendorong harga minyak mentah Brent kepada $100 dan penutupan Selat Hormuz akan membawa kepada harga dalam julat $120 hingga $130 per tong.

Sebelum ini, Iran menghantar lebih 300 dron dan peluru berpandu ke atas Israel sebagai amaran pertama bahawa mereka berani untuk berperang dengan negara Yahudi itu. Namun, sebahagian besar serangannya berjaya dipintas oleh pertahanan Israel.

Sementara itu, harga minyak kini diniagakan rendah sedikit pada awal dagangan di Asia dengan minyak mentah Brent susut 0.31% kepada $90.17 per tong dan WTI pula turun 0.44% untuk didagangkan pada $85.28 per tong.

Minyak mentah global juga bakal menghadapi penurunan pengeluaran secara semula jadi yang besar. Kadar penurunan untuk telaga minyak konvensional adalah sekitar 15% tanpa sebarang perbelanjaan modal.

Selain itu, harga minyak telah meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini berikutan gangguan perdagangan dan kelewatan yang disebabkan oleh serangan maritim Laut Merah daripada Houthi sebagai usaha solidariti mereka kepada rakyat Palestin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat