Harga Minyak Mentah Merosot, Kadar Faedah AS Tinggi Jejaskan Permintaan

179

Harga minyak mentah jatuh pada awal dagangan Asia disebabkan oleh para pelabur menjangkakan inflasi AS yang lebih tinggi dan kadar faedah akan menekan permintaan pengguna dalam industri.

Sementara itu, minyak mentah Brent susut 12 sen (0.1%) kepada $83.34 per tong dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS susut 8 sen (0.1%) kepada $79.72 per tong.

Kedua-dua penanda aras itu jatuh kurang daripada 1% semalam apabila pegawai Federal Reserve (Fed) berkata mereka sedang menantikan lebih banyak petunjuk untuk memperlahankan inflasi sebelum mempertimbangkan pemotongan kadar faedah.

Pasaran minyak mentah fizikal global semakin lemah kerana permintaan kilang penapisan semakin hamba dan bekalan masih mencukupi. Ia bakal menunjukkan kelemahan selanjutnya bagi niaga hadapan penanda aras minyak mentah.

Selain itu, pasaran kelihatan sedikit terjejas oleh ketidaktentuan politik di dua negara pengeluar minyak utama.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan seorang pemimpin berprofil tinggi terbunuh dalam nahas helikopter dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman terpaksa menangguhkan perjalanan ke Jepun kerana masalah kesihatan bapanya.

Buat masa ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada bekalan daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) yang dijadualkan bertemu pada 1 Jun bagi menetapkan dasar pengeluaran sama ada untuk dilanjutkan pemotongan sukarela 2.2 juta tong sehari oleh ahli-ahli.

OPEC+ boleh melanjutkan beberapa pengurangan pengeluaran sukarela jika permintaan gagal meningkat dalam beberapa bulan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat