Harga Minyak Terus Menggila Di Awal Minggu!

247

Harga minyak kekal meningkat pada hari Isnin berpunca dari ramalan kekurangan bekalan yang meluas. Hal ini terjadi apabila Arab Saudi dan Rusia melanjutkan pemotongan pengeluaran serta harapan pemulihan permintaan di China, yang merupakan pengimport minyak mentah terbesar di dunia.

Niaga hadapan Brent naik 39 sen atau 0.4%, kepada $94.32 setong. Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pula berada pada $91. 30 setong dan naik 53 sen atau 0.6%.

Merujuk kepada penganalisis CMC Markets, Tina Teng mengatakan bahawa antara faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan harga minyak termasuk dasar rangsangan China, data ekonomi AS yang kukuh, dan pemotongan pengeluaran berterusan OPEC+.

Pada minggu ini, para pedagang akan menyaksikan keputusan dan komen bank pusat mengenai dasar kadar faedah, serta data ekonomi penting dari China.

Brent dan WTI telah meningkat mencapai tahap tertinggi sejak November dan dalam landasan peningkatan suku tahunan terbesar mereka sejak Russia menyerang Ukraine pada suku pertama 2022.

Kata penganalisis ANZ dalam satu notanya, agenda pemotongan pengeluaran Arab Saudi dan Rusia boleh mendorong kepada defisit 2 juta minyak sehari pada suku keempat. Dari penurunan stok ini, akan mendedahkan pasaran kepada kenaikan harga lanjut pada 2024.

Pemotongan bekalan hingga akhir tahun dilanjutkan oleh Arab Saudi dan Rusia sebagai salah satu rancangan OPEC+ dan disebabkan pengukuhan margin eksport, kilang penapis China meningkatkan pengeluarannya.

“Nampaknya harga akan terus berada di atas paras $90 setong, susulan prospek permintaan dari dua ekonomi terbesar di dunia,” kata Edward Moya, seorang penganalisis di OANDA.

Dalam pada itu, penganalisis ANZ berkata, sejajar dengan ramalan Agensi Tenaga Antarabangsa dan Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC), pertumbuhan permintaan minyak global dijangka mencapai 2.1 juta tong sehari.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat