Harga Minyak Terus Naik Gara-gara EU

1,589

Komoditi hitam didagangkan lebih tinggi pada hari Jumaat susulan kemungkinan Kesatuan Eropah (EU) akan mengenakan sekatan ke atas import minyak Rusia kembali meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan.

Pada sesi Asia, dagangan minyak WTI Amerika Syarikat didagangkan mengukuh pada $103 setong, manakala minyak mentah Brent pula menguat pada $111 setong.

Kedua-dua penanda aras telah meningkat lebih 2% pada Khamis susulan laporan yang mengatakan EU sedang merangka cadangan untuk mengharamkan minyak dari Rusia.

Dalam pada itu, ini juga bakal menjadi keuntungan mingguan pertama yang dicatatkan pasaran minyak pada bulan April setelah mengharungi sentimen yang tidak menentu sejak beberapa minggu sebelum ini.

Laporan dari The New York Times itu juga mendedahkan bahawa mereka berkemungkinan akan melaksanakan langkah tersebut secara berperingkat sama seperti larangan yang dikenakan ke atas arang batu pada awal bulan ini.

Hal ini bagi memberi lebih banyak masa kepada Jerman dan negara lain untuk mencari pembekal alternatif selain Moscow.

Agensi Tenaga Antarabanga (IEA) telah memberi amaran pada hari Rabu bahawa pasaran boleh kehilangan 3 juta tong sehari minyak mulai Mei disebabkan sekatan atau pembeli secara sukarela menolak minyak Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat