Harga Minyak Tinggi Dipacu Kebimbangan Pengeluaran AS

191

Harga minyak mendaki ke paras ketinggian satu minggu pada sesi Asia hari ini, menyambung kenaikan pada akhir minggu lalu di tengah pemulihan yang perlahan dalam pengeluaran minyak di Teluk Mexico.

Setelah lebih dua minggu sejak taufan Ida melanda, sekitar 1.4 juta tong pengeluaran minyak mentah di Teluk Mexico AS masih lagi terhenti, menurut Biro Penguatkuasaan Keselamatan dan Alam Sekitar.

Royal Dutch Shell, pengeluar minyak terbesar di Teluk Mexico, telah membatalkan beberapa kargo eskport kerana kerosakan pada fasiliti yang disebabkan taufan itu. Ini menandakan kehilangan tenaga akan berterusan selama berminggu-minggu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 36 sen, dengan didagangkan tinggi pada $73.28 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok sebanyak 40 sen pada $70.12 setong.

Walaupun begitu, berita pada hujung minggu membataskan kenaikan harga lebih tinggi, di mana Iran dan Organisasi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dilaporkan telah mencapai kesepakatan dalam usaha untuk memulihkan perjanjian nuklear Iran 2015.

Ini meningkatkan lagi prospek perbincangan baru nuklear antara Iran-AS, dan ini juga bermakna harapan untuk minyak mentah dari Tehran kembali ke pasaran dunia juga meningkat.

Sementara itu, perhatian pasaran kini beralih kepada unjuran permintaan untuk tahun 2022 dari Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Badan Tenaga Antarangsa (EIA) pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat