Harga Pengeluar New Zealand Menguat Pada Suku Keempat

37

Harga pengeluar (PPI) New Zealand naik lebih pantas dari jangkaan pada tempoh kewangan suku keempat yang memberi isyarat bahawa polisi akomodatif bank pusat telah menampakkan kesannya kepada inflasi yang lebih tinggi.

Harga pengeluar (PPI) naik 1.0% pada suku keempat berbanding 1.5% pada suku ketiga seperti yang dilaporkan pagi tadi. Pasaran menjangkakan data kali ini hanya naik 0.9%. Dalam bacaan tahunan indeks PPI naik 2.3% dengan pengeluaran PPI naik 2.5%.

Bank Pusat New Zealand (Reserve Bank of New Zealand, RBNZ) mengekalkan kadar di paras 1.75% pada awal bulan ini. RBNZ mengekalkan kadar yang dianggap lebih akomodatif dalam beberapa tempoh untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Walaubagaimanapun, penganalisis percaya bank pusat masih di landasan yang betul untuk menaikkan kadar seawal tahun hadapan dengan menagmbil kira pengukuhan ekonomi domestik.

Pertumbuhan ekonomi New Zealand meningkat 1.1% pada suku ketiga lebih dari jangkaan 0.7% dalam tempoh  April-Jun. Penganalisis ekonomi di HSBC menjangka ekonomi domestik akan berkembang 3% secara tahunan dalam beberapa tahun akan datang.

Ekonomi New Zealand mendapat faedah dari lonjakan sektor pembinaan, pengukuhan pertumbuhan populasi dan juga sektor pelancongan. Komponen-kompoenen ini dijangka akan mengekalkan pengukuhan ekonomi beberapa tahun akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat