Harga Pengeluar PPI US Jatuh 0.1% Pada Julai

60

Harga pengeluar (PPI, Producer Price Index) bagi harga barang akhir merosot 0.1% pada Julai yang meleset daripada jangkaan kenaikan 0.1% dan juga kenaikan 0.1% pada bulan sebelum. Manakala bacaan tahunan susut kepada 1.9% daripada 2.0% yang dicatat sebelum ini dan juga merupakan bacaan terendah sejak Januari.

Harga pengeluar teras (Core-PPI) yang tidak mengambil kira  harga makanan dan tenaga juga jatuh 0.1% pada tempoh sama dengan jangkaan kenaikan 0.2% di mana bacaan tahunan jatuh kepada 1.8% dari 1.9%.

Harga barangan jatuh 0.1% pada tempoh sama dan terdapat kejatuhan 0.2% dalam harga sektor perkhidmatan yang merupakan kejatuhan pertama sejak Februari di mana harga pengangkutan susut 0.8%.

Data secara keseluruhan akan terus memberi tekanan kepada bacaan inflasi dalam ekonomi dengan tidak banyak bukti tekanan ke atas harga pada masa ini. Tidak banyak kesan kepada polisi pengetatan oleh data yang berdasarkan harga pengeluar untuk kali ini.

Impak keseluruhan adalah terhad walaupun ia memberi jangkaan negatif terhadap harga pengguna (CPI) US yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

US dolar jatuh selepas data ini dikeluarkan dengan US dolar melemah berbanding enam matawang utama yang lain. US Dolar paling banyak mengalami kejatuhan berbanding dolar Kanada apabila kombinasi data negatif US dan lonjakan pasaran minyak mentah menyebabkan USDCAD  jatuh 50 pip setakat pukul 8.50 malam tadi pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat