Harga Pengguna China Naik Dalam Kadar Perlahan

34

Harga pengguna di China naik dalam kadar perlahan pada Disember, manakala harga barangan perkilangan naik mendadak yang menunjukkan peningkatan produktiviti dan pertumbuhan dalam ekonomi kedua terbesar dunia ini.

Indeks harga pengguna (CPI) meningkat 2.1% dari tahun lepas selepas mencatatkan kenaikan 2.3% pada November. Jangkaan penganalisis untuk data kali ini ialah kenaikan 2.3%. Jika dibandingkan dengan November, harga pengguna naik 0.2% berbanding bulan sebelum yang hanya meningkat 0.1%.

Dalam data yang berlainan, harga pengeluar iaitu Indeks harga pengeluar (PPI) naik 5.5% dalam masa 12 bulan sehingga Disember, jika dibandingkan dengan jangkaan 4.6%. Bacaan ini yang tertinggi sejak 2011.

Ekonomi China sedang memulih dengan perlahan, walaupun masih ada risiko dalam ekonomi negara ini. Pihak kerajaan China sedang melakukan apa yang termampu untuk mengurangkan risiko dalam pasaran hartanah mereka.

Dalam mengawal pasaran hartanah di China, pihak kerajaan menggunakan kombinasi rangsangan monetari dan regulasi untuk memastikan nilai hartanah tidak meningkat terlalu cepat.

Dari segi pertumbuhan ekonomi, KDNK China masih stabil sejak beberapa bulan lalu dengan mencatatkan pertumbuhan yang perlahan tetapi berterusan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat