Harga Pengguna di Kanada Lemah

36

Harga pengguna Kanada bulan November dan kadar tahunan susut di bawah paras sasaran bank pusat. Indeks Harga Pengguna (CPI) susut 0.4% berbanding sebelum ini yang meningkat 0.2%. Dari segi anggaran tahun-ke-tahun (y/y) CPI sudah meningkat sebanyak 1.2%.

Jangkaan penganalisis bagi data CPI ialah -0.1%, manakala bagi Core-CPI -0.1%. Bagi data Core-CPI pula mencatatkan penyusutan 0.5% berbanding peningkatan 0.2% sebelum ini.

Harga merekodkan peningkatan dalam enam dari lapan komponen penting CPI, yang diketuai dengan peningkatan harga pengangkutan sebanyak 1.4%. Harga gasolin pula menjadi komponen yang paling banyak menyusut iaitu 1.7%. Dalam komponen pakaian pula harga susut 1.2% dimana harga makanan jatuh 0.7%.

Kanada adalah sebuah negara maju yang berhadapan dengan inflasi yang rendah berikutan permintaan yang rendah dalam keseluruhan ekonomi.

Ekonomi kesebelas terbesar dunia ini mencatatkan pertumbuhan yang tidak memberangsangkan pada suku ketiga dan juga masih di bawah tekanan harga minyak yang tidak menentu dan permintaan eksport yang lemah.

Pertumbuhan ekonomi, KDNK (GDP) meningkat 0.9% pada suku ketiga yang banyak disumbangkan oleh eksport minyak dan gas. Kanada dilihat akan terus meningkatkan peluang perdagangan dengan negara jiran di sebelah Selatan untuk meningkatkan lagi eksportnya tahun hadapan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat