Harga Pengguna di US Terus Stabil

26

Harga pengguna US (Consumer Price Index, CPI) naik 0.2% pada November berbanding 0.4% yang dicatatkan pada bulan sebelum. Peningkatan ini adalah sejajar dengan jangkaan pasaran. Dalam bacaan tahunan telah pun meningkat ke paras 1.7% dari 1.6% yang disebabkan oleh impak peningkatan harga tahun lalu dan ini merupakan bacaan tertinggi sejak Oktober 2014.

Data CPI ini mengira perubahan harga barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Ia dikeluarkan setiap bulan selepas 15-16 hari. Contohnya data bagi bulan lepas dikeluarkan pada 15 Disember.

Harga teras (Core CPI) turut meningkat 0.2% pada bulan sama selepas mencatatkan kenaikan 0.1% pada Oktober yang turut sejajar dengan jangkaan pasaran. Manakala dalam bacaan tahunan peningkatan masih di paras 2.1% yang rsedikit rendah berbanding jangkaan 2.2%.

Dalam kategori harga makanan tidak berubah pada November dengan penyusutan tahunan sebanyak 0.4%. Harga tenaga (minyak,gas) pula naik 1.2% dan menjadikan peningkatan tahunan sebanyak 1.1%.

Kategori harga pakaian mencatatkan kejatuhan sebanyak 0.5% yang menyumbang kepada kenaikan tahunan 0.3% selain kejatuhan yang direkodkan dalam ubat-ubatan.

Terdapat tanda-tanda kenaikan dalam perkhidmatan pengangkutan dengan peningkatan 0.4% pada November yang banyak disumbangkan oleh peningkatan kos insurans.

Secara keseluruhan, inflasi dilihat semakin meningkat dalam sektor perkhidmatan dan harga minyak yang tinggi akan menaikkan lagi inflasi pada Disember. Walaubagaimanapun, masih ada ketidaktentuan kepada penguatan US dolar dan impaknya kepada harga secara keseluruhan dengan The Fed masih menunggu lebih data pada awal 2017.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat