Harga Pengguna (Inflasi) Jepun Naik 0.3% Meleset Dari Jangkaan

143

Harga pengguna (core) Jepun meningkat pada bulan keempat berturut-turut pada April walaupun lebih rendah daripada jangkaan pasaran.

Inflasi teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga makanan naik 0.3% pada April berbanding kenaikan 0.2% pada bulan sebelum itu. Jangkaan pasaran kali ini ialah kenaikan 0.4%.

Harga pengguna yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga naik 0.1% pada April berbanding sebelum itu yang merosot 0.1%.

Manakala anggaran inflasi yang lebih luas iaitu inflasi kebangsaan naik 0.4% dalam masa 12 bulan sehingga April.

Inflasi teras di Tokyo pula kembali positif pada bulan Mei, meningkat 0.1% dari tahun ke tahun. Inflasi di Tokyo dianggap sebagai petunjuk yang boleh mewakili trend pergerakan harga di seluruh negara Jepun.

Bank of Japan (BoJ) masih berharap inflasi akan semakin baik beberapa tahun lagi sehingga mencapai sasaran jangka panjang mereka di paras 2%. Walaubagaimanapun, pasaran buruh yang ketat gagal diterjemahkan kepada tren perbelanjaan pengguna yang kukuh di mana perbelanjaan isirumah kini merosot 13 bulan berturut-turut.

Ekonomi jepun telah berkembang lima suku tahunan berturut-turut yang merupakan tempoh terpanjang dalam masa 10 tahun. Kini kadar pertumbuhan ekonomi Jepun (GDP) berkembang 0.5% pada suku pertama 2017.

Dengan ekonomi yang terus memulih, ada yang berpendapat bank pusat akan mengetatkan polisi monetari. Tetapi tempoh pengetatan itu masih belum jelas dan ramai penganalisis berpendapat ia akan berlaku selepas tahun 2018 dengan kadar inflasi masih lagi di paras rendah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat