Harga Rokok Akan Dinaikkan Pada Akhir Bulan Ini -Menteri

1,041

Harga rokok akan dinaikkan akhir bulan ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Parlimen pada Selasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kenaikan itu berlaku apabila harga produk tembakau dinaikkan susulan berlaku kenaikan mana-mana cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Beliau berkata, ia berikutan kenaikan mana-mana cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Kementerian Kesihatan sedang menyelaraskan kelulusan harga rokok terkini.”

Pelaksanaan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan.

Kali terakhir syarikat pengeluar rokok menaikkan harga jualan runcit rokok adalah pada November 2015 susulan kenaikan eksais rokok selain mengambil kira kesan GST serta tekanan kos inflasi.

JT International Bhd (JTI Malaysia) pada 30 Ogos 2018 telah mengumumkan bahawa harga rokok bagi semua jenama yang diedarkan oleh mereka di Malaysia akan meningkat susulan penguatkuasaan SST. Untuk rekod, harga rokok tidak disemak semula selepas GST berkadar sifar pada Jun lepas susulan arahan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat