Hari Yang Malang Untuk ‘Alt Coin’! Apa Dah Berlaku Dalam Pasaran Kripto?

4,973

Bitcoin telah menunjukkan prestasi cemerlang sejak awal Oktober khususnya pada minggu lalu. Daripada paras di bawah $50,000, BTC telah meningkat ke paras $58,000 yang menjadi paras halangan.

Dalam masa seminggu harga BTC telah menunjukkan peningkatan 17%. Kebiasaannya pengukuhan harga BTC akan mendorong aset kripto lain turut mengikut momentum yang sama.

Walaubagaimanapun, pada kali ini, hal ini tidak berlaku dengan aset kripto lain menunjukkan trend yang berlawanan berbanding US dolar dan BTC. Di antara aset kripto 30 teratas, hanya Shiba Inu sahaja yang menunjukkan prestasi positif.

Sejak kebelakangan ini Shiba Inu ini telah mendapat perhatian komuniti kripto. Beberapa pelabur telah membeli kripto ini sebanyak 6.2 trillion pada akhir September.

Justeru itu tidak hairan dagangan niaga hadpan bagi SHIB juga terus meningkat. Pada minggu ini sahaja SHIB telah meningkat 300% ke paras tertinggi sejak Mei pada $0.000035. Data dari CoinGecko menunjukkan bahawa SHIB telah berjaya menduduki tangga ke-12 berdasarkan jumlah nilai pasaran.

 

Cryptocurrency Market Overview. Source: coin360.com

Harus dimaklumi aset kripto lain telah dilanda ‘lautan merah’ berbanding BTC. Ethereum telah kehilangan lebih dari 10% nilainya dan pada masa ini berada di lebih dari 0.06 BTC. Kembali pada bulan September, perdagangan ETH / BTC telah mencapai paras tertinggi dalam beberapa bulan sekitar 0.08.

Solana dan Dogecoin adalah antara aset kripto paling malang dengan catat prestasi terburuk pada minggu lepas.SOL, yang melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa berbanding dolar pada pertengahan September, telah kehilangan 22% nilainya berbanding bitcoin pada minggu lalu. Hal yang serupa juga menimpa Dogecoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat