Hasil Bon AS Catat Rekod Terendah Terbaru, USD Tersungkur Menjelang Penerbitan Laporan NFP

738

Dolar USD terus mencatat penyusutan berbanding euro dan safe-haven yen sementara penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun merekodkan paras terendah terbaru di bawah 0.70% ketika pembukaan sesi Eropah.

Keadaan ini telah menekan pasaran Wall Street untuk terus mempamerkan kejatuhan, di mana niaga hadapan Dow Jones jatuh lebih 200 mata manakala S&P 500 dan Nasdaq juga menunjukkan penurunan pada pembukaan dagangan hari Jumaat.

Pergerakan turun naik dolar Kanada berbanding USD menggambarkan ketidakpastian pasaran yang kini menantikan penerbitan data pekerjaan Amerika Syarikat dan Kanada pada malam ini.

Di samping itu, peningkatan kebimbangan global telah mendorong pelabur untuk mendapatkan matawang komoditi seperti dolar Aussie dan New Zealand.

Dolar New Zealand memperoleh manfaat daripada kelemahan USD dengan didagangkan meningkat ke paras ketinggian 2 minggu berbanding matawang itu.

Jumlah kes jangkitan coronavirus di Amerika Syarikat kini meningkat kepada 233 kes, manakala 12 nyawa pula telah dilaporkan terkorban. Ini membawa jumlah keseluruhan di seluruh dunia meningkat kepada 98,770 kes dan 3,389 kematian.

Sementara itu di Eropah, dolar euro diniagakan meningkat ke paras ketinggian 7 bulan berikutan kelemahan matawang USD yang dipengaruhi jangkaan pengurangan kadar faedah kedua oleh Federal Reserve AS (Fed) pada bulan ini.

Berikutan daripada peningkatan berterusan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dolar euro telah memadamkan kesemua kerugian yang dicatatkan tahun ini.

Selain itu, dagangan pound juga terus diniagakan meningkat berbanding USD walaupun terdapat jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Bank of England (BoE).

Andrew Bailey yang akan mengambil alih jawatan Mark Carney sebagai Gabenor BoE memberitahu bahawa beliau akan menunggu lebih banyak bukti sebelum memutuskan untuk bertindak dalam menangani krisis ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat