“Adakah ini masanya untuk pasaran kripto bullish?”
Seluruh pasaran mata wang kripto berjaya menyaksikan pendakian apabila hasil bon kerajaan menurun secara ketara di seluruh dunia susulan angka perdagangan China jauh lebih lemah daripada jangkannya untuk bulan Julai 2023.
Dilaporkan bahawa import China pada bulan Julai mengalami penyusutan 12.4% tahun ke tahun manakala eksport pula tergelincir 14.5% iaitu jauh lebih teruk daripada anggaran untuk penurunan pada 12.4%.
Susulan penurunan tersebut tidak pernah dilihat sejak lockdown COVID-19, Beijing berkemungkinan perlu mengambil langkah tambahan untuk merangsang ekonomi China.
Sementara hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) dilaporkan lebih rendah pada 3.98%, tetapi perlu diketahui juga pada minggu lepas ia telah berada pada paras tertinggi tahun 2023 pada 4.20%.
Menurut Patrick Harker, Presiden Federal Reserve (Fed) Philadelphia berkata bahawa beliau baik-baik sahaja sekiranya bank pusat tidak menaikkan sebarang kadar faedah walaupun idea untuk mempertimbangkan pemotongan kadar masih jauh.
Kenaikan harga aset digital turut berlaku sejurus selepas syarikat gergasi pembayaran PayPal melancarkan stablecoin sendiri yang dipanggil PayPal USD (PYUSD), oleh itu sesetengah pemerhati kekal yakin tentang pertumbuhan jangka panjang pasaran kripto.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC yang menembusi $30,200 telah melihat penurunan sedikit pada $29.839 tetapi masih mencatatkan keuntungan 2.38% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $580 bilion.
Manakala Ethereum (ETH) pula mencanak sekitar 1.83% pada paras $1,859 dalam masa 24 jam terakhir dengan modal pasaran $223 bilion dan Ripple (XRP) raih 3.72% pada $0.64 namun tergelincir 8.63% sepanjang minggu lepas.