Hathor – ‘Permata Kripto’ Yang Kembali Berkilauan!

701

Hathor, mempunyai ekosistem blockchain tersendiri sebaris dengan rangkaian Ethereum, Polkadot, Cardano, EOS dan sebagainya.

Pada pembukaan pasaran bulan September, Hathor menunjukkan reputasi yang baik melepasi paras rintangan $1 telah menarik perhatian para pelabur.

Ekoran itu, Hathor menyaksikan lebih 30% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $1.09 mengakhiri sesi dagangan semalam.

Lonjakan HTR juga didorong oleh penyiaran demo ‘wrap’ ETH menggunakan Hathorswap di laman youtube pembangunnya HTRFDT, menandakan aplikasi ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Projek ini adalah salah satu daripada banyak projek yang dibina di atas jaringan Hathor, sebagai cara meluaskan kegunaannya.

HathorSwap merupakan Decentralized Exchange (DEX) yang dibina oleh syarikat pihak ketiga iaitu HTRFDT yang berpangkalan di Kanada.

Ianya dibina di atas blockchain Hathor bertujuan sebagai cross chain pertukaran token dari blockchain lain ke blockchain Hathor, sebagai contoh anda boleh menggunakan ETH anda di blockchain Hathor dengan cara ‘wrap’ ETH tersebut melalui fungsi Hathorswap.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga HTR/USDT.

Sewaktu artikel analisa HTR dikeluarkan pada bulan Mei, HTR didagangkan pada paras harga $0.39, secara konsistennya HTR telah membuat lebih 350% lonjakan mengakhiri sesi dagangan semalam.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga HTR kini dilihat dalam keadaan positif dan sedang berlegar-legar dibawah zon resistance $1.05.

Untuk jangkaan seterusnya, sekiranya HTR kekal dengan pergerakan harga positif, zon resistance $1.05 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, sekiranya HTR kembali menunjukkan corak penurunan, pergerakan harga bakal menguji zon RBS (resistance become support) $0.95 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Semasa penulisan, HTR didagangkan sekitar harga $1.03 melonjak lebih 8% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-286 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto HTR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat