Hati-Hati, BTC Boleh ‘Tergolek’ Ke $20K! – Chris Burniske

385

“Semua suka BTC turun lagi ataupun nak harganya teruskan kenaikan?”

Setelah berlegar-legar di bawah $40,200, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya bangkit semula ke $42,235 pada hari Jumaat lepas sebelum meneruskan kenaikan lagi sehingga $42,887 pada keesokannya.

Meskipun begitu, Chris Burniske yang merupakan rakan kongsi di firma modal teroka Placeholder dan bekas peneraju aset digital Ark Invest berpandangan bahagian paling bawah bagi harga BTC masih belum dicapai.

Diperjelaskan Burnieske lebih lanjut, harga BTC mungkin menurun kira-kira $36,000 sehingga $30,000 dan tidak akan terkejut sekiranya $20,000 diuji sebelum bergerak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa.

Seperti biasa, kesabaran adalah sangat penting, ulas beliau sambil menambah bahawa perjalanan BTC untuk ke sana akan berubah-ubah susulan jangkaan fakeouts yang mampu mengambil masa berbulan-bulan.

Memang tidak dinafikan arah aliran jangka panjang kekal teguh, tetapi makro kelihatan tidak menentu pada beberapa peringkat dan ini membawa makna para pelabur mungkin lebih bersikap berhati-hati untuk masuk dalam pasaran kripto.

Sebelum kenaikan 5% pada tiga hari lepas, BTC telah jatuh hampir 20% di bawah $40,000 susulan daripada pembukaan 11 Januari 2024 untuk perdagangan spot BTC ETF kemudian pulih semula pada $41,700.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.09% pada paras $42,054 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $824 bilion namun tetap mencatatkan lonjakan 1.45% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat