Hati Tak Tenang Amerika Kuasai Dunia AI, China Nak Bersaing!

303

“Lain macam semangat China ni, tapi ye la negaranya memang kurang suka dengan AS kan?”

Terkenal disebabkan minatnya dalam cip artificial intelligence (AI) sehingga mengukuhkan hubungan negaranya bersama NVIDIA, China pada masa ini berusaha sedaya upaya mengejar Amerika Syarikat (AS) dalam AI.

Selain cuba melangkah ke medan pertempuran penting teknologi canggih, China telah meletakkan sasarannya bagi menutup jurang dengan Open AI di AS dari segi pembangunan tool AI ditambah pula negara itu turut memiliki firma teknologi lain seperti Microsoft, Google, Amazon dan lain-lain.

Susulan firma seperti Google, Cognition dan OpenAI melancarkan berbilang tools AI generatif, China didapati masih berada jauh di belakang AS tetapi negaranya tetap mengharapkan trend tersebut dapat berubah pada masa hadapan.

Menurut Paul Triolo, Naib Presiden Kanan China dan Peneraju Dasar Teknologi Denton Global Advisors di Washington DC berkata firma China terkemuka buat penanda aras terhadap ChatGPT untuk menunjukkan sejauh manakah mereka berada di belakang.

Sementara rakan kongsi firma AI VC Leonis Capital di San Francisco Jenny Xiao pula menekankan hanya beberapa firma sahaja boleh sokong Large Language Model (LLM) mereka sendiri memandangkan ia agak berintensif modal.

Bukan itu sahaja, Rui Ma yang merupakan pelabur AI dan co-founder TechBuzz China menegaskan bahawa negara tersebut sudah berada pada tahap kelemahan besar dalam menghasilkan modal asas AI generatifnya.

Menerusi pemerhatian, pembiayaan dibuat kepada generasi baru AI berpangkalan di AS pada tahun 2023 telah menyumbang hampir separuh daripada $42.5 bilion yang dilaburkan secara global dalam firma AI utama untuk setiap data daripada CB Insights.

Rentetan itu, China perlu menutup jurang pembiayaan antara banyak checklists lain jika negaranya ingin mengubah landskap berita AI mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat