Hatten Land Bakal Lancarkan Hub Perlombongan Kripto Di Malaysia!

928

Pembangun hartanah Malaysia, Hatten Land telah bersetuju untuk bekerjasama dengan firma pengurusan aset digital Singapura, Frontier untuk menjalankan operasi bersama dalam pengoperasian perlombongan kripto.

Di bawah persetujuan itu, Frontier akan mengurus dan mengoperasikan sekurang-kurangnya 1,000 mesin perlombongan di hartanah Hatten Land di Melaka dan mungkin akan berkembang sehingga 3,000 mesin.

Sebelum ini pembangun itu telah mengumumkan penggunaan semula pusat runcitan di Melaka bagi aktiviti digital seperti perlombongan kripto dan e-dagang.

Pemasangan segala keperluan perlombongan kripto akan bermula pada suku keempat 2021 secara berfasa.

Hatten Land juga memberi jaminan perlombongan kripto kali ini berkonsepkan mesra alam kerana mereka menggunakan panel solar yang dipasang di ruang atap pusat runcitan bagi penjimatan tenaga.

Perlombongan itu akan bermula dengan Bitcoin (BTC), diikuti dengan altcoins pada masa akan datang.

Frontier boleh dikatakan arif dalam pengoperasian perlombongan kripto. Buat masa sekarang, firma tersebut menguruskan lebih 700 mesin di Singapura.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat