Hermès Saman Artis NFT Ekoran Pelancaran Koleksi NFT Metabirkins

64

“Hmmm mungkin artis NFT ni tak ada niat pun nak tiru rekaan Hermès.”

Jenama mewah Perancis Hermès mendakwa artis non-fungible token (NFT), Mason Rothschild di mahkamah persekutuan Manhattan atas kesalahan melanggar tanda dagangan (trademark) susulan mempromosi serta menjual koleksi NFT digelar MetaBirkins yang diinspirasikan daripada beg Birkin.

Pemfailan aduan Hermès terhadap Rothschild telah dikesan sejak 14 Januari 2022, di mana artis NFT tersebut enggan menghentikan penjualan koleksi digitalnya walaupun didesak.

Menurut pihak Hermès, Rothschild tidak seharusnya berbuat demikian ekoran kebanyakan individu akan mula berasa keliru dan percaya jenama mewah tersebut menyokong projek NFT itu walaupun ia tidak benar.

Kebanyakan peguam harta intelek dan pakar undang-undang pula berpendapat kes antara Hermès dan Rothschild mampu memberi impak negatif terhadap masa depan pasaran NFT.

Rentetan itu, pihak bertanggungjawab akan sedaya upaya memikirkan pelbagai kaedah yang dapat memperkukuhkan lagi hak dalam ruang digital.

Sementara peguam blockchain dan teknologi, Michael Kasdan pula tidak sangka kes tersebut akan menjadi semakin besar tanpa penghujung sungguhpun Hermès didapati sudah hentikan projek NFT itu yang didakwa melanggar hak cipta, harta intelek serta tanda dagangan.

Pada sisi berbeza, StockX turut menghadapi peristiwa serupa apabila Nike memfailkan tuntutan mahkamah terhadapnya pada 4 Februari 2022 atas pertuduhan pelanggaran tanda dagangan, di mana mereka telah mencipta NFT tetapi sama seperti rekaan kasut jenama itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat