Britain mungkin akan memotong cukai korporat kepada 10 peratus jika Kesatuan Eropah (EU) tidak mahu menyetujui perjanjian perdagangan bebas selepas Brexit.
Potongan cukai ini mungkin digunakan untuk cuba memujuk EU supaya membenarkan firma-firma perbankan meneruskan operasi mereka di Kesatuan Eropah.
Dalam sidang yang berlangsung minggu lepas di Brussel, ketua-ketua negara secara jelas mengatakan untuk tidak membenarkan Britain mendapat free acces kepada pasaran bagi sesetengah sektor tanpa mengambil tanggungjawab sepenuhnya sebagai ahli EU.
Pemotongan cukai korporat akan menarik syarikat-syarikat dari EU kepada Britain.
Ketua-ketua EU, telah memberi amaran, jika Britain menghadkan kebebasan untuk rakyat EU bergerak, Britain akan kehilangan akses kepada pasaran tunggal itu.
Dalam artikel-artikel sebelum ini telah dijelaskan secara lebih lanjut tentang kerisauan Bank-bank utama dunia yang beribu pejabat di London tentang risiko yang mereka harus hadapi jika masih mengekalkan operasi di London.
Bank-bank utama ini difahamkan sedang merancang untuk meninggalkan London seawal suku pertama tahun hadapan. Manakala bank kecil ada yang sudah bersedia untuk meninggalkan London sebelum Krismas tahun ini.
Dilaporkan Chief Executive syarikat pembuatan kereta Jepun Nissan, Carlos Ghosn telah berjumpa dengan Perdana menteri Theresa May bulan ini bagi membincangkan masalah Brexit.
CEO Nissan itu memberi amaran mungkin akan menghentikan potensi pelaburan baru di Britain kecuali kerajaan akan memotong cukai korporat. Setakat ini belum ada keputusan lagi dibuat tentang perkara ini.