Huobi Global Bakal Untung 4 Kali Ganda Pada Suku Kedua!

181

“Mungkin boleh mungkin tidak, jadi kita tengok je la apa hasilnya nanti.”

Pengasas Tron Justin Sun menjangkakan Huobi Global bakal memperoleh hasil $187 juta dan perbelanjaannya pula $76 juta pada suku kedua, di mana ia akan meningkatkan suku tahunannya hampir empat kali ganda pada $111 juta berbanding sebelum ini.

Umum mengetahui bahawa Huobi telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kos dan tingkatkan kecekapan pada suku pertama.

Terdahulu pada suku pertama, Huobi mencatatkan keuntungan sekitar $30 juta selepas beliau merancang menerima lesen pembekal perkhidmatan aset maya untuk syarikat exchanger kripto Huobi di Hong Kong.

Sebagai rekod, Huobi pada suku pertama telah merekodkan pendapatan $150 juta dan perbelanjaannya sekitar $120 juta walaupun terdapat beberapa isu seperti kejatuhan sekelip mata yang dihadapi oleh syarikat exchanger kripto FTX.

Sementara itu, Sun telah menafikan pertuduhan yang mengatakan bahawa beliau membuat perbincangan tentang penjualan saham Huobi kepada Binance, tetapi mereka didapati menolak tawaran tersebut.

Pada 22 Mac pula, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Sun atas kesalahan melanggar peraturan sekuriti dan melanggar peraturan anti-penipuan termasuk manipulasi pasaran.

Manakala Huobi yang turut berhasrat mengembangkan lagi ekosistemnya telah memeterai perjanjian bersama Gala Games untuk membangunkan Web3 dan Layer-1.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat