Identiti Whales Yang Mampu Menggegarkan Pasaran Kripto

1,862

Kalaulah anda perasan, sejak kebelakangan ini terma “whales” sering digunakan dalam artikel kripto Team Intraday. Misalnya, artikel Pelabur Besar Rakus Membeli BTC Ketika Harga Melonjak.

Whale atau paus merupakan mamalia terbesar di dunia, melambangkan saiz pegangan matawang kripto seseorang, institusi atau organisasi dalam dunia pelaburan kripto.

Biasanya gelaran ‘Bitcoin whale‘ ini khusus buat pelabur aset Satoshi Nakamoto yang memiliki satu alamat wallet dengan lebih 1000 BTC. Manakala mereka yang memiliki sejumlah besar aset kripto lain digelar sebagai ‘crypto whale‘.

Mereka yang bergelar ‘Bitcoin whale‘ termasuklah Nakamoto yang dilaporkan memiliki sekitar 1 juta BTC dan The Winkelvoss.

Keunikan mereka sebagai whales ialah mereka mampu manipulasi pasaran kripto demi keuntungan mereka.

Misalnya, jika mereka menginginkan lebih banyak syiling pada harga yang murah, mereka cuma perlu membuat penjualan yang akan mendorong tekanan pasaran menurun dan peningkatan kecairan syiling pada harga yang lebih rendah. Kemudian, membuat pembelian semula dengan menambah lagi syiling pada harga yang lebih murah.

Jika anda tertanya adakah kehadiran whales ini berisiko atau pun tidak, jawapannya bergantung kepada situasi.

Apabila melibatkan protokol proof of stake, kehadiran whales membawa kestabilan selagi mereka bersikap telus untuk mengembangkan rangkaian.

Jika mereka bertindak sebaliknya, mengawal majoriti dana secara tidak langsung tindakan itu akan membawa impak negatif terhadap pemusatan kuasa.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat