IMF Cadang Jepun Naikkan Cukai, Kurangkan Sokongan Pandemik

208

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menggesa kerajaan Jepun supaya menarik semula sokongan pandemiknya dan mempertimbangkan untuk menaikkan cukai ke atas pendapatan harta dan modal sebaik sahaja ekonomi mulai pulih.

Menurut IMF, berikutan ketidakpastian besar yang masih membelenggu, dasar fiskal perlu fleksibel dengan melaraskan sokongan yang bersesuaian mengikut perkembangan wabak Covid-19 dan ekonomi.

Institut kewangan global itu juga melihat pemulihan ekonomi Jepun berkemungkinan mengukuh pada tahun ini, meskipun risiko masih menunjukkannya cenderung ke bawah.

Apabila ekonomi telah kembali pulih, Jepun perlu meneruskan usaha untuk menghalang hutangnya daripada betambah besar seperti mengurangkan kos perubatan, cadang IMF.

Selain itu, antara pilihan lain yang dapat dilakukan oleh Jepun adalah dengan menaikkan kadar cukai penggunaan, serta pendapatan.

Dalam tinjauan ekonomi dunia yang dikemas kini, IMF mengunjurkan ekonomi Jepun akan meningkat kepada 3.3% pada tahun ini daripada pertumbuhan 1.6% pada tahun lepas.

Sementara itu, dari segi dasar monetari pula, IMF menasihatkan Bank Pusat Jepun (BOJ) untuk mengekalkan rangsangannya walaupun kebanyakan bank pusat utama dunia telah melaksanakan pengetatan.

Ini kerana kadar inflasi di Jepun masih jauh di bawah sasaran 2% bank pusat. IMF juga mencadangkan supaya BOJ mengurangkan tempoh kematangan sasaran hasil bonnya untuk menjadikan rangka kerja pelonggarannya lebih mampan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat