IMF Luluskan Dana Pembiayaan Kecemasan $1.4 Bilion Kepada Ukraine

315

‘Kalau tak mampu hantar sumbangan seperti mereka, kita hantarkan saja doa kepada Ukraine.’

International Monetary Fund (IMF) telah meluluskan dana kecemasan sebanyak $1.4 bilion bagi Ukraine yang telah diserang oleh Rusia.

Dana tersebut disalurkan IMF selepas meramalkan bahawa Ukraine akan mengalami kemelesetan yang teruk tahun ini , selain dianggarkan lebih 2 juta orang telah meninggalkan negara tersebut sejak perang bermula 2 minggu lalu.

Hujar pengarah urusan IMF, Kristalina Georgieva, serangan Rusia ke atas Ukraine telah mencetuskan krisis kemanusiaan dan ekonomi yang besar di Eropah.

Tambahnya lagi, dana yang disalurkan bertujuan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan Ukraine dan membantu mengurangkan kesan ekonomi yang besar akibat perang.

Selain itu, dana tersebut akan diagihkan di bawah Instrument Pembiayaan Pantas IMF, di mana sebahagian besar syarat yang biasanya dikenakan kepada negara peminjam tidak akan dilaksanakan terhadap Ukraine.

Selain IMF, World Bank turut meluluskan pakej kewangan sebanyak $732 juta bagi Ukraine dan merancang untuk menghantar lebih banyak bantuan ekonomi untuk bulan-bulan mendatang.

Pakej tersebut merangkumi geran dan pinjaman termasuk sumbangan $100 juta oleh United Kingdom (UK).

Selain itu, World Bank juga sedang mengusahakan pakej sokongan bernilai $3 bilion untuk beberapa bulan mendatang dan menjanjikan bantuan tambahan bagi negara jiran yang menerima kira-kira 2 juta pelarian dari Ukraine, yang kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan warga tua.

Dalam pada itu, kerajaan Ukraine dilihat sedang mengambil langkah pemulihan bagi menyokong sektor ekonominya yang terkesan oleh krisis perang.

Pada minggu lalu, Ukraine telah mengumpul $270 juta melalui penjualan bon perang dan sedang merancang untuk mengeluarkan non-fungible tokens (NFT) bagi membantu membiayai angkatan tenteranya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat