IMF Membuat Penilaian Semula, Ini Unjuran Ekonomi Terkini Untuk Tahun 2020!

409

Keadaan yang semakin hari semakin mengusarkan menyebabkan Tabung Kewangan Antrabangsa (IMF) mengeluarkan kenyataan pada hari ini bahawa berdasarkan analisis mereka, ekonomi global pada tahun ini berkemungkinan besar akan mengalami krisis kewangan yang buruk sejak kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku pada tahun 1930.

IMF menjangkakan ekonomi global akan menguncup sebanyak 3% pada tahun 2020. Ramalan ini sangat berbeza dengan ramalan yang dikeluarkan pada bulan Januari yang lepas dimana IMF meramalkan pertumbuhan KDNK (keluaran dalam negeri kasar) global sebanyak 3.3% untuk tahun ini.

Menurut Gita Gopinath, ketua ekonomi IMF, dalam laporan World Economic Outlook terkini, “Sangat mungkin pada tahun ini ekonomi akan mengalami kemelesetan paling buruk sejak kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku pada tahun 1930.

Pada bulan Januari, IMF menganggarkan pertumbuhan sebanyak 3.4% bagi KDNK global pada tahun 2021 dan kemudian disemak semula bahawa daripada bacaan awal ekonomi akan bertumbuh sehingga 5.8%  pada 2021 walaupun pada tahun 2020 penuh dengan ketidakpastian dalam pergerakan ekonomi.

Tambah Gopinath, pemulihan separa dijangka akan berlaku pada tahun 2021 dengan kadar pertumbuhan namun paras KDNK akan kekal di bawah trend yang dicapai sebelum penularan wabak.

Dalam masa yang sama,Organisasi Perdagangan Dunia (WHO) juga memberi amaran dengan mengatakan pada minggu lalu bahawa perdagangan global akan menguncup antara 13% sehingga 32% bagi tahun ini. Bagi membendung penularan pandemik ini, banyak kerajaan telah melaksanakan langkah perintah berkurung dan perintah kawalan pergerakan, dimana orang ramai hanya dibenarkan meninggalkan rumah dengan tujuan membeli barang runcit, ubat-ubatan dan kesihatan. Akibatnya, aktiviti perniagaan telah terhenti di banyak negara.

Berdasarkan faktor-faktor ini terdapat ketidakpastian mengenai tempoh dan intesiti kejutan ekonomi.Menurut IMF, menjana aktiviti ekonomi adalah lebih mencabar untuk dilakukan berikutan polisi dasar pengasingan sosial yang masih diperlukan. Setakat ini daripada 189 ahli IMF, sebanyak 90 daripada mereka telah meminta sokongan kewangan.

Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah negara-negara harus lebih fokus pada krisis kesihatan terlebih dahulu dengan menggunakan dana pada peralatan perubatan dan kos kesihatan lain. IMF juga menasihatkan bahawa kerajaan harus menyediakan penangguhan cukai, subsidi upah dan pemberian wang tunai kepada rakyat dan firma yang paling terjejas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat