Impak Nancy Pelosi, Habis Saham Tesla Terbantut & Operasi China Tergendala

524

‘Dalam setahun mungkin ada 2 perang kalau keadaan berlarutan macam ini.’

Lawatan wakil Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi  ke Taiwan telah mengundang protes oleh gergasi pembekal bateri kereta elektrik (EV) dari China.

Menurut sumber, Contemporary Amperex Technology Co. Ltd (CATL) milik China yang merupakan pembekal utama Tesla Inc dan Ford Motor Co bertindak menangguhkan pelancaran tapak perindustrian bernilai jutaan dolar.

Difahamkan bahawa CATL dalam proses pemilihan tapak dan insentif rundingan, memutuskan untuk menunggu sehingga September atau Oktober bagi mendedahkan pilihan mereka.

Sambung sumber itu lagi, penangguhan tersebut telah dibuat berdasarkan situasi ketegangan semasa antara hubungan AS-China ekoran lawatan kontroversi Nancy Pelosi ke Taipei.

Setakat ini pihak CATL, Tesla mahupun Ford dilihat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.

Dalam pada itu, saham Tesla dilihat mencanak semasa sesi dagangan New York semalam untuk ditutup 1.1% pada $901.76 sementara Ford mengalami penyusutan 1.2% pada $15.16.

Menyingkap kontroversi lawatan Pelosi, kerajaan China memberi amaran keras kepada AS memandangkan mereka mengganggap Taiwan merupakan sebahagian kawasan taklukannya.

Namun, tindakan Pelosi yang masih berdegil dan meneruskan lawatan tersebut telah mencetus ketegangan antara 2 negara tersebut yang sebelum ini sudah mengalami masalah.

Suka diingatkan bahawa China merupakan penyokong kuat kepada Rusia tatkala AS memihak kepada Ukraine semasa krisis pencerobohan awal tahun lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat