Impak Sekatan, Harga Pengeluar China Susut Ke Paras Terendah 14 Bulan

135

‘Parah juga ekonomi sebab sekatan ini rupanya.’

Data pengeluaran kilang China merosot ke paras terendah 14 bulan ekoran permintaan lemah terhadap keluli, aluminium dan komoditi perindustrian utama lain.

Difahamkan bahawa penurunan tersebut adalah kerana perlaksanaan sekatan Covid-19 di Shanghai selama 2 bulan yang menganggu rantaian bekalan, pengeluaran dan pengguna.

Data terbitan Biro Statistik Kebangsaan China (NBS) memperlihatkan indeks harga pengeluar (PPI) bulan Mei catat 6.4%, turun dari 8% ketika April.

Ia secara tidak langsung adalah bacaan terendah sejak Mac 2021.

Sementara itu, indeks harga pengguna (CPI) Mei pula mencatat 2.1%, sama ketika April sungguhpun ia menurun dari jangkaan 2.2%.

Antara bacaan data lain pula, kadar pengangguran bandar meningkat 6.1% pada April, tertinggi sejak Februari 2020 dan melepasi sasaran kerajaan 5.5%.

Rentetan itu, Goldman Sachs telah menurunkan unjuran pertumbuhan 2022 China pada 4% daripada 4.5%, iaitu dibawah sasaran rasmi negara tersebut pada 5.5%.

Dalam pada itu, kabinet China telah mengumumkan pakej 33 langkah yang meliputi dasar fiskal, kewangan, pelaburan dan perindustrian yang bakal membantu pemulihan ekonominya.

Selain itu, Beijing juga akan mengambil beberapa langkah termasuk pemotongan kadar penjaman penanda aras untuk membolehkan kelewatan pembayaran balik pinjaman bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat