Shanghai Akan ‘Reboot’ Semula Ekonomi China

337

‘Jaga-jaga, China nak bangkit semula ni.’

Selepas 2 bulan lamanya bandar hub perniagaan China, Shanghai ditutup kerana Covid-19, kini kerajaan terpaksa ‘reboot‘ semula atau memulakan kembali operasi ekonominya.

Difahamkan bahawa imej kosmopolitan bandar tersebut telah rosak dengan pelabur dilihat sedang berkira-kira untuk berpindah keluar dan perniagaan asing pula dilihat mempertimbangkan semula rancangan pelaburan mereka.

Oleh itu pegawai Shanghai dilihat melipat gandakan usaha untuk memulihkan keyakinan dalam kalangan firma multinasional dengan mengadakan beberapa sesi pertemuan bersama firma asing dan melonggarkan keperluan sempadan bagi pekerja asing.

Menurut sumber, kerajaan Shanghai merancang untuk mengadakan 20 mesyuarat bulan ini yang melibatkan firma asing dalam industri utama seperti kereta, perdagangan, semikonduktor dan bioperubatan.

Antara firma-firma asing yang akan dipilih adalah dari kalangan negara pelaburan utama termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Korea Selatan.

Selain itu, Dewan Perniagaan Eropah telah dimaklumkan bahawa pertemuan di Shanghai tidak lagi memerlukan surat jemputan rasmi khas yang dipanggil surat PU.

Perkara ini menurut wakil Dewan Perniagaan Eropah akan menggalakkan pekerjaan dan pengeluaran di Shanghai, selain mendorong minat pekerja untuk kembali bekerja dengan mudah.

Sebagai pengetahuan, surat PU telah diperkenalkan pada 2020 terhadap warga asing yang perlu memohon visa sebelum memasuki sempadan ketika wabak melanda.

Umumnya, dasar ‘sifar-Covid‘ yang diperkenalkan sebelum ini telah menjejaskan ekonomi China dan daya tarikan kompetitif Shanghai.

Penutupan kilang-kilang, sungguh pun ada yang beroperasi di bawah ‘gelung tertutup‘, menyukarkan pengeluaran dan secara tidak langsung menyebabkan beberapa firma luar menarik diri dari negara itu.

Maka langkah ‘reboot’ yang sedang dijalankan ini diharap dapat membantu semula kerancakan ekonomi dan pertumbuhan yang terbantut sejak 2 tahun lalu di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat