Impian Tercapai, Eropah Lancar Spot BTC ETF Pertamanya!

430

“SEC nampaknya macam terbuka hati sikit dengan spot BTC ETF.”

Selepas 12 bulan lewat daripada rancangan yang ingin dilaksanakan, Jacobi Asset Management akhirnya berjaya melancarkan dana dagangan bursa (ETF) Bitcoin (BTC) pertama Eropah di bursa Euronext Amsterdam.

Hal ini kerana pasaran mata wang kripto kini sedang rancak berbicara berhubung aplikasi BTC ETF setelah syarikat gergasi kewangan terbesar dunia BlackRock baru-baru ini memfailkan permohonan spot BTC ETF.

Difahamkan, Jacobi yang bertindak selepas Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) mengiktiraf permohonan Bitwise untuk spot BTC ETF telah buat keputusan untuk melancarkan ETF dan bukannya ETN susulan ia lebih telus dan liquid berbanding ETN.

SEC yang meluluskan aplikasi Bitwise spot BTC ETF adalah sangat penting untuk pasaran kripto susulan ia akan menarik minat lebih banyak pelabur terhadap aset digital, tetapi perlu diingatkan SEC belum lagi meluluskan ETF.

Hal ini kerana pengawal selia kini sedang memulakan proses semakan rasmi seperti pemeriksaan menyeluruh terhadap cadangan itu dan jika Bitwise spot BTC ETF diluluskan, ia akan membenarkan pelabur beli BTC secara mudah serta selamat.

Keberangkalian pengawal selia untuk meluluskan permohonan Bitwise itu adalah sangat tinggi ekoran Chicago Mercantile Exchange (CME) sudah memenuhi keperluan SEC dalam menyediakan platform telus dan terkawal untuk perdagangan niaga hadapan BTC.

Berbalik pada berita asal, Michael O’Riordan iaitu rakan kongsi Blackwater Search and Advisory berpandangan melancarkan ETF BTC di Eropah akan menjadi sangat mencabar kerana ia tidak dianggap sebagai aset layak di bawah peraturan Ucits.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat