Tekanan ke atas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) ekoran masalah di China akan terus mengheret isu minyak mentah pada bulan yang baru, berikutan negara pengimport terbesar minyak dunia itu mencatatkan penurunan import untuk kali keenam berturut-turut pada Oktober.
Data kastam minggu lalu menunjukkan import sebanyak 44.7 juta tan pada Oktober bersamaan dengan 10.53 juta tong sehari iaitu turun daripada 11.07 juta pada September dan 11.53 juta pada Oktober tahun lepas.
Sepanjang tahun 2024, import China ialah 10.94 juta tong sehari turun 3.7% pada asas sehari daripada 11.36 juta tong sehari iaitu tempoh yang sama pada 2023.
Kemerosotan sebanyak 420,000 per tong sehari dalam import China merupakan satu angka yang sangat mengecewakan OPEC+.
Dalam laporan bulanan terbaru OPEC, kumpulan itu mengurangkan ramalannya untuk pertumbuhan permintaan minyak China kepada 580,000 per tong sehari turun daripada jangkaan puncak 760,000 per tong sehari dalam laporan Julai.
Tetapi ramalan yang lebih rendah itu nampaknya tidak sesuai dengan realiti import China yang tersandung.
Sementara itu, pengeluaran domestik China telah berkembang sedikit berbanding tahun 2024 dan negara itu tidak mendedahkan tahap inventori.
China telah membina simpanan memandangkan volum ditapis mentah adalah kurang daripada jumlah yang tersedia daripada import dan keluaran tempatan.
Walau bagaimanapun, OPEC+ dijangka meningkatkan pengeluaran pada bulan Disember sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan secara beransur-ansur sejumlah 2.2 juta per tong sehari sepanjang 2025.