Indeks Keadaan Pasaran Buruh US Naik 1.5 Pada Jun

39

Indeks keadaan pasaran buruh US (US Labor Market Condition Index, LMCI) meningkat 1.5 pada Jun selepas bacaan sebelum ini dikaji semula kepada 3.3 dari 2.3.

Selepas kajian semula kepada data, indeks ini telah merekodkan kenaikan 13 bulan berturut-turut walaupun kenaikan pada Jun adalah yang terendah dalam masa empat bulan.

Terdapat pengukuhan dalam laporan pekerjaan pada Jun dengan kenaikan jumlah pekerjaan dalam sektor swasta sebanyak 187,000 berbanding 159,000 yang direkod sebelum ini.

Walaubagaimanapun terdapat kesan negatif kepada indeks ini (LMCI) dengan kadar pengangguran meningkat kepada 4.4% dari 4.3%.

Data secara keseluruhan akan membantu mengekalkan keyakinan The Fed dalam pasaran buruh dengan kenaikan dalam keseluruhan komponen indeks LMCI.

Walaupun data adalah positif, fokus pasaran tetap akan terarah kepada data purata pendapatan yang masih sukar meningkat dengan kukuh. Walaubagaimanapun, data secara keseluruhan dijangka tidak akan mengganggu perancangan normalisasi polisi bank pusat beberapa bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat